Borang Pesanan

Name:
I/C No.(utk menjadi ahli):
No. h/p:
Email Address:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Pertanyaan:

form mail

Tuesday, July 21, 2009

TESTIMONIAL SENDIRI MENGGUNAKAN JDM5

TESTIMONIAL SENDIRI...

A'ssalamualaikum dan salam sejahtera, hmmm... mcmana ye nak mulakan. Saya nie mmg tak pandai nak susun ayat atau pon nak buat ayat bunga2 tapi saya cubalah jugak. Saya nie seorang wanita berusia 30 thn dan mempunyai sepasang cahaya mata yg berumur 3 dan 2 tahun. Sejak dari sekolah menengah lagi badan saya ni mmg dah berisi,lbh besar dan lebih matured dr kwn2 perempuan yg lain. Saya memang dari dulu lagi mempunyai masalah berat badan berlebihan.
Bila dah masuk universiti, ada duit loan, apa lagi, duit tuh mesti diperuntukkan untuk beli jamu2 kuruskan badan. Apa jamu yg saya tak pernah makan? Saya rasa, semuanya saya dah cuba,tapi..... hmmmm....takde perubahan....org kata biler masuk uni,kiter selalu jalan sana kemari pegi kuliah, naik turun tangga akhirnya boleh kurus tapi saya tidak... walaupun macam tuh berat badan saya masih tak berubah. Apakan daya, sedih jugak. Duit dah byk keluar tapi takde hasil. Waktu belajar, mesti lapar...tak boleh tahan,mesti nak makan nasi. Kalau tak makan tak bertenaga masa kuliah,nak tidur je.
Then, waktu kerja pulak, lagilah byk habis duit, mcm2 saya cuba, produk apa yg saya tak cuba? saya rasa semua saya cuba, jamu yg dr indon, leesa formula,sendayu tinggi,siap pegi pusat pelangsingan artis2 lagi sbb nak kurusnye pasal, nak kawinlah katakan. Masa pegi pusat pelangsingan tuh memang saya jaga makan dan exercise. So dari 80kg turunlah sampai 68kg. Boleh la tuh.... bangga giler time tuh tapi hampir rm10k habis!!!!. Guna duit hantaran tau!!.dalam masa 3 bln.Lama tuh. Biler kiter datang untuk session, diorg selalu akan promote macam2 kat kiter. yg saya ni plak lemah, mesti saya tambah...diorg ni plak kalau promote kat org cth sabun sea salt ,bknnya suh beli satu, tp sampai sepuluh, kalau ada session terapi baru..pon sampai sepuluh session...mana tak cecah 10k!
OK, sekarang citer lepas kawin, dah kawin la katakan, menunjukkan skill masak kat hubby...biler dah masak,hubby plak tak leh maka
n sorang2 kene temankan . Biler dah temankan,mestilah nak makan sekali. So, naiklah kembali sampai 80kg dgn pantas sekali. Sebulan kawin semua kata kami pasangan tgh bahagia, dua-dua gemuk!. Kemudian saya lak ngandung first baby. Pada saya lak, kalau ngandung, itu adalah lesen untuk makan apa sahaja... (betapa salahnye a
nggapan saya tuh). so berat pon....taknak ckp lah malu......then, bersalin my weight still 80kg..... habis jer pantang....jumpa doktor plak utk kuruskan badan... doktor kasilah macam2 ubat, du
rominelah,mediflexlah....krim sapu sana,sapu sini. Ubat2 tuh blh tahan 2 minggu, rm450. 1 bln rm900!! baru dua bln jumpa ngan doktor tuh....badan pon memangla kurus,lepas tuh plak ngandung 2nd baby lakkkkkk....huh..habis duit aku je....
Bersalin 2nd baby ni,susah yg amatnyaaaaa nak kuruskan badan!.maintain je 80 kg.... habis pantang, nak gi kerja,baju2 dulu yg time kurus jumpa doktor tuh, dah sendatlah,zip kain tak bolehlah.... sedih sesangat2. Kerja tak bermaya,rasa malas je, inferior complex, nak jumpa kengkawan pon malu!. Kawan2 yg sememangnya kurus,ngandung lepas tuh bersalin. then jumpa diorg,nampak kurus je,mcm tak pernah ngandung n bersalin!Apa lagi, saya malu sgt2. Hubby ajak keluar nak bwk anak jalan2 pon saya taknak sbb saya rasa diri saya tak cantik then tak de baju yg cantik utk keluar.
Kehidupan sexual saya pon dingin. Sebab saya tak suka diri saya,saya rasa saya tak cantik. saya malu kalau hubby nampak badan saya. I don't feel good about myself....
Then, one day, saya baca paper....ada gambar bai (Mazliwati) then terbaca pasal Herbaprima n Jus Diet Mate5. First2 saya tgk harga, hmmmm.. mahal jgk rm200 ada 20 sachet je. makan mesti 2 kali,so thn utk 10 hari je....mahal..taknak belilah....Satu hari saya jln2,pegi kiosk yg ada jual mcm2 produk2, jamu,saya beli lax-9 dari ombak besar. Murah sikit tp sbnrnya sama je rm49.90 tp ada 14 sachet je. minum kene 2 kali. Saya tanya adik tuh pasal JDM5 nie, Dier pon citer kat saya, harga rm200 ada 20 sachet,kalau berat kurang dr 90kg,mkn sekali je tghri then puasa,jgn mkn berat2...tp kalau beli 3 kotak skali boleh jadi ahli harga pon jadi rm450! Wow!...saya pikir,congak, akhirnya saya beli 3 kotak sekali.(Dalam hati harap2 tak nyesal)
Akhirnya, saya dah guna produk ni 3 bulan, berat saya dari 80 kg dah jadi 70 kg. Then, selama sebulan saya tak makan JDM5 nie,saje nak test naik tak berat saya. Saya makan mcm biasa. tghri mkn nasi,mlm kengkadang tuh makan jgk tp ......???? berat saya langsung tak naik!!! turun memanglah tak sbb tak jaga makan masa 1 bln tak ambik JDM5. Skrg nie saya mkn balik JDM5 sbb nak puasa mesti blh turun lagi. Then raya nanti bolehlah bergaya lebih mengalahkan anak2 ...hehehe...
Saya tak tipu..saya memang berpuas hati sgt dgn JDm5 ni!. Skrg saya bertenaga, takde rasa malas. Kengkawan kat tempat kerja pon adalah 2,3 org puji saya semakin bergaya. (biler lagi nak puji diri sendiri kan?). Hubby pon kate saya dah kurus (berbanding dululaaaa)...
Sebab tuh saya nak kongsi dengan kaum wanita yg lain yg mempunyai masalah seperti saya supaya jgn berputus asa lagi. Kita kan perempuan,kite memang nak nampak cantik , bergaya dan anggun. Bukan sekadar utk hubby saja tapi untuk diri sendiri jugak, kita nak jgk rasa dihargai....kita dah berpenat menjaga keluarga kita dgn baik,bekerja bantu suami byr bil2, kita juga nak sesuatu untuk diri kita sendiri... Betul tak?
Saya betul2 syorkan untuk mommies n ladies yg nak kuruskan badan,nampak lebih langsing,jgn ragu2,mari try produk JDM5 dari herbaprima ni skrg jgk!...
INILAH BUKTINYA, TAPI BELUM CUKUP LAGI, NAK TURUN LAGI...



SEBELUM 80KG




SELEPAS 68 KG


Tgk juga gambar2 sebelum dan selepas kat bawah nie supaya lebih berkobar-kobar untuk mendapatkan produk ini.
Kalau nak beli sms saya cepat2 sbb produk nie mmg tgh hangat skrg nie di pasaran..

JDM 5

TESTIMONI PN. ARMANISAH

sebelum 63 kg selepas 53 kg


Saya memulakan hari pertama dengan JUS MATE 5 pada 11 Ogos 2008. Pada masa itu berat saya adalah 63kg dengan ketinggian 150cm dan ukur lilit pingang 33’. Berumur 32 tahun dan ibu kepada sepasang cahaya mata. Bekerja sebagai seorang kerani dan gemar kelihatan kemas serta bergaya setiap kali hadir ke pejabat. Penambahan berat badan saya yang mendadak kebelakangan ini menghalang saya untuk berfesyen. Teguran dari kawan sepejabat menjadikan saya kurang keyakinan diri dan paling malang sekali ada yang menyangka saya mengandung kerana perut saya kelihatan membuncit. Malunyerrr…. Saya mengenali JUS MATE 5 melalui internet. Yakin dengan produk yang ditawarkan dan harga yang berpatutan saya terus membeli 3 kotak JUS MATE 5. Tidak menjadi masalah pada saya untuk menjadikan JUS MATE 5 minuman harian kerana rasa dan baunya tidak memuakkan. Apa yang paling menggembirakan, saya masih tetap dengan rutin harian saya dirumah memasak makanan dan membuat kuih dan kek kegemaran anak-anak dan suami. Saya lebih bertenaga di bulan puasa dengan hanya mengambil 1 paket JUS MATE 5 semasa bersahur. Hasil daripada amalan diet saya dengan dibantu JUS MATE 5, tiga minggu pertama berat saya 59.5kg dan pinggang 32. Tiga minggu kedua berat saya 56kg dan pinggang 30’ dan tiga minggu akhir berat 53.5kg dan pinggang 28. Saya masih mengambil JUS MATE 5 seminggu sekali dan menggamalkan cara pemakanan yang disyorkan. Kawan sepejabat perasan dengan perubahan berat badan saya. Saya mengambil peluang ini untuk menyebarkan kepada mereka kebaikan JUS MATE 5 dan mula berjinak jinak untuk menjadi pengedar. Kini saya gembira kerana boleh mengayakan pakaian yang saya gemari. Terima kasih JUS MATE 5, terima kasih DR.ROZMEY dan terima kasih semua warga HERBA PRIMA SDN.BHD.




TESTIMONI MAZLIWATI (BAI)





TESTIMONI EN. ZUL



Asalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera.

1. Nama saya Mohd Zulkifli Taib, umur 37 tahun, berasal dari Kuala Terengganu. Sejak dari kecil lagi berat badan saya lebih gemuk berbanding kawan-kawan saya yang lain dan berat badan saya semakin bertambah selepas kahwin sehingga mencecah 106 kg.

2. Bermacam ubat atau teh diet saya cuba amalkan tetapi berat badan saya tidak juga turun. Pada tahun 2007 saya nekad untuk diet iaitu tidak makan nasi selama 4 bulan. Saya cuma mengambil minuman bijirin sewaktu pagi, tengahari dan malam. Hasilnya berat badan saya hanya berkurangan sebanyak 7 ke 8 kg sahaja. Diet saya ini berterusan sehingga Hari Raya Aidil Fitri tahun 2007. Selepas itu saya mula makan semula dan hasilnya berat badan saya bertambah kembali sehingga 103kg. Manakala pinggang seluar saya bersaiz 44 inci.

3. Saya berasa amat risau dengan berat badan yang semakin bertambah kerana bimbang jika mendapat penyakit kencing manis atau darah tinggi.

4. Alhamdullilah saya terbaca berita tentang Jus Diet Mate 5 melalui akhbar-akhbar dan juga halaman web. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menggunakanya. Oleh kerana sudah biasa dengan diet jadi saya tidak mengalami masalah untuk mengamalkan minum jus ini. Semasa mengamalkannya minum jus ini memang saya sentiasa bertenaga dan tidak merasa lapar. Selera makan juga menjadi kurang. Saya juga ada buat senaman atau pergi gym 3 ke 4 kali seminggu. Cuba nak bina otot, tak nak bagi mengeleber.

5. Saya mula meminum Jus Diet Mate 5 ini pada awal bulan Disember 2008 dan alhamdullilah setelah 3 bulan ( 26 Feb 2009 ) mengamalkanya berat badan saya turun dari 103kg kepada 83kg. Iaitu sebanyak 20kg. Saya sangat berpuas hati dengan perubahan ini walaupun cemburu dengan kawan-kawan yang lain yang mampu turun berat badan mereka sehingga 20 kg lebih hanya dalam masa 10 minggu sahaja. Tapi tetap puas hati kerana turun 20 kg berbanding diet yang dulu selama 4 bulan hanya turun 8 kg.

6. Insyallah saya akan terus mengamalkan minum Jus Diet Mate 5 ini sehinggalah sasaran berat badan saya mencapai 70 kg. Saya rasa berat badan tersebut adalah baik bagi saya memandangkan saya mempunyai kerangka badan yang besar.

7. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Rozmey atas formula jus diet yang hebat ini kerana melaluinya saya akan dapat mencapai impian saya untuk kembali mendapat bentuk badan yang lebih ideal.

8. Terima kasih sekali lagi buat warga Dr. Rozmey dan warga Herba Prima Marketing serta semua ahli-ahli dan pengedar HPM. Semoga impian kita menjadi insan yang sihat dan anggun tercapai.

Wassalam.